Profile Syarikat

SHAFNUR shop

SHAFNUR shop ini merupakan perniagaan keluarga yang diusahakan secara turun-temurun. Kedai ini juga telah membekalkan pelbagai jenis bunga, pelbagai saiz pasu serta beberapa lagi aksesori lain yang sesuai seperti perhiasan cendawan. SHAFNUR shop ini telah ditubuhkan pada 3hb.Jan.2003 yang telah diterajui sepenuhnya oleh NUR SHAFINAS BINTI SAMINGAN. Disamping itu, kedai ini telah dibantu oleh tiga orang pekerja. Mereka terdiri daripada ahli keluarga itu sendiri yang telah ditetapkan jawatannya.Antara jawatan dalam kedai ini ialah akauntan, pemasaran dan penghantaran. Tujuan penubuhan kedai ini ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk mencantikkan lagi lanskap rumah mereka mengikut citarasa masing-masing. Selain itu, kedai ini juga turut menerima tempahan daripada pihak sekolah, pejabat dan lain-lain lagi yang biasanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mencantikkan lanskap mereka. Pada masa yang sama, pembeli boleh mengunjungi blog ini untuk mengetahui produk terkini yang boleh didapati di dalam kedai ini. Kami juga turut menawarkan harga yang berpatutan bagi sesetengah produk seperti pasu kerana pasu yang dijual terdapat beberapa kecacatan iaitu keretakan.


Sebab SHAFNUR shop menjadi pilihan dihati???????
Kepelbagaian PRODUK & HARGA yang ditawarkan amatlah BERPATUTAN